Friday, May 29, 2009

Permulaan Cuti Sekolah/ Rumah Terbuka VIP/ Semarak Temasek 2009

Hari ini...HARI TERAKHIR PENGGAL INI!!!:)
Namun, aku harus mempertingkatkan bahasa Melayuku dengan banyak membaca. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Inilah kata-kata pujangga yang sering digunakan untuk memupuk semangat kami untuk berikhtiar dengan gigih!
Selain daripada itu, aku masih dapat mengenangkan hari RUMAH TERBUKA VIP. Aku terpilih sebagai salah seorang pengacara untuk...acara ini. Setiap kata yang dilafazkan di atas pentas harus dihafal dahulu. Inilah sesuatu yang sering mengganggu fikiranku semasa berlatih untuk perbentangan kami. "SETIAP KATA...HAFAL!!!" haha

Oh, dan selepas acara ini, aku telah ke SEMARAK TEMASEK 2009, sebuah pertandingan drama yang telah dianjurkan PERSADAYU MAKTAB RENDAH TEMASEK, bersama Cikgu Marliza, Cikgu Abdul Rahman, Abdul Rahman, A'ishah, Abdullah, Syifa dan para pelajar lain yang merupakan anggota-anggota MCS. Sungguh menarik drama-drama yang dilakonkan para pelakon dari maktab rendah lain. MAKTAB RENDAH VICTORIA juga telah meyertai pertandingan ini. Meskipun kami tidak bermenang, pengalamannya tidak terlupa.

DAN....ini ialah gambar-gambar SEMARAK TEMASEK 2009!!!


















haha...
Kebanyakan gambar ini diambil olehku...:)
Rish

No comments: