Friday, July 25, 2008

Perayaan Tradisional

Vaisakhi ialah sebuah perayaan yang disambut di Singapura. Ia merupakan tahun baru orang Punjabi dan diraikan pada 13 April setiap tahun.

Pada hari Vaisakhi setiap tahun, keluarga saya ke sebuah kuil pada waktu pagi untuk bersembahyan. Kami juga akan ke ruang makanan kuil itu yang dipanggil "langgar". Kami akan sama-sama tolong menghidangkan makanan kepada orang lain. Orang Punjabi mempercayai bahawa kita akan dirahmati Tuhan jikalau kita bertugas ataupun berkhidmat di dalam sebuah kuil, yang juga dikenali sebagai rumah Tuhan. Selepas itu, kami akan ke rumah saudara-mara untuk menziarahi mereka.

Malah, pada tahun yang lalu, kami telah merayakan perayaan Vaisakhi dengan cara yang berbeza. Kami telah menyewa sebuah banglo beasr bersama saudara-mara kami yang tinggal di Malaysia. Banglo megah itu terletak di Melaka. Ini merupakan kali pertama kami menyambut Vaisakhi sebagai sebuah keluarga besar di luar Singapura.

Kami sekeluarga telah ke sebuah seperti biasa. Selepas itu, kami telah pulang semula ke banglo yang disewa itu. Kemudian, ramai ahli keluarga saya, terutama anak-anak kecil, telah berenang di dalam kolam renang di belakang banglo tersebut. Airnya jernih da permukaan air tersebut berkelip-kelip seperti bintang-bintang yang berkilat di langit malam. Bapa dan pak cik saya telah memanggang beberapa makanan seperti sate dan daging ayam. Kami juga bermain beberapa jenis bunga api yang telah merintih dengan kuat. Namun, jenis-jenis bunga api seperti ini dilarang di Singapura. Bak kata pepatah, "Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya". Dengan kegiatan-kegiatan tersebut, kami dapat bersuka ria dan mengeratken hubungan kekeluargaan pada hari Vaisakhi. Ini penting lantaran kami harus berasa riang dengan kedatangan tahun baru.

Kami juga menyediakan manis-manisan tradisional seperti gulab jamun dan barfi. Kami mempercayai bahawa manis-manisan tradisional seperti ini akan membuat kita bercakap dengan kata-kata yang lembut dan bersopan.

Perayaan yang istimewa ini memang tidak boleh saya lupakan. Perayaan itu amat seronok dan istimewa. Saya mengharapkan perayaan-perayaan Vaisakhi seperti ini pada masa yang akan datang.

Pada pendapat saya, sambutan Vaisakhi di Singapura dan pada zaman kini, terlalu moden. Cara Vaisakhi disambut telah berubah. Pada zaman dahulu, orang Punjabi akan ke kuil dengan bunga-bunga dan persembahan masing-masing. Terdapat juga perarakan di jalan raya. Bagaimana pun, kini, kita hanya menikmati beberapa kegiatan lain seperti memanggang, berenang dan lain-lain lagi. Kita harus melestarikan budaya kita agar ia dapat diturunkan daripada generasi ini kepada generasi-generasi yang akan datang.

UNSUR-UNSUR GHAIB BUDAYA MELAYU

Permulaan

Setiap budaya mempunyai kepercayaan masing-masing. Kepercayaan tersebut mempengaruhi kehidupan setiap orang. Kepercayaan ini adalah keturunan dari zaman dahulu. Namun, terdapat banyak kepercayaan yang mempunyai asal-usul yang tidak tetap. Sekarang, saya akan membentangkan tentang kepercayaan ghaib orang Melayu.




TOYOL



  • Roh seorang budak kecil yang telah “dipohon” oleh seorang bomoh dari janin seseorang.
  • Terdapat orang yang membeli toyol-toyol daripada seorang bomoh untuk perkara-perkara yang tidak baik, seperti mencuri duit dan barang kemas.



Cara-cara untuk menghalau toyol adalah:

  • Meletakkan jarum-jarum di bawah duit kerana jarum-jarum tersebut akan menakutkan toyol itu.
  • Menggantungkan beberapa buah bawang putih di dalam dan di luar rumah untuk mengganggu toyol itu.
  • Meletakkan duit di hadapan sebuah cermin kerana bayangan rupa toyol akan menakutkannya.



Asal-usul

  • Ramai mempercayai bahawa toyol berasal dari Mekah, dekat dengan Kaaba.
  • Mereka juga mempercayai bahawa, pada zaman dahulu, ramai orang Arab telah membunuh anak-anak mereka dan mengebumikan mereka di sekeliling Mekah.



PONTIANAK




  • Juga dikenali sebagai: Kuntilanak, Matianak, Boentianak dan Kunti.
  • Roh seorang wanita yang telah meninggal dunia semasa melahirkan anak.
  • Wajahnya cantik dan dia berbau wangi.
  • Akan membunuh orang-orang lelaki, bayi-bayi dan wanita-wanita yang mengandung.
  • Tinggal di pokok pisang.



Kelemahan —

  • Barang-barang tajam akan menghalau dan menakutkan Pontianak.
  • Apabila sebatang paku ditusukkan di belakang leher Pontianak, dia akan bertukar menjadi indah dan cantik.



Pocong







  • Roh seorang yang telah meninggal dan yang tidak boleh keluar dari kain kafannya.
  • Juga dikenali sebagai Hantu Bungkus dan Hantu Punjut.
  • Pocong boleh bergerak sepantas sebuah kereta.
  • Apabila seseorang mati, badannya ditutup dengan kain kafan. Sehelai kain kafan diikat di kepala dan kakinya.
  • Jikalau ikatan tersebut tidak dibuka dalam masa 40 hari, orang itu akan melompat keluar dari kuburnya.
  • Lantaran terdapat seutai ikatan di kakinya, Pocong tidak boleh berjalan tetapi dia hanya boleh melompat.
  • Yang Baik: Seseorang yang dapat menangkap Pocong akan menjadi kaya kerana terdapat banyak wang di dalam bungkusan kain kafan.
  • Kelemahan: Apabila dikejar Pocong, berlari secara bengkang-bengkok kerana Pocong hanya boleh berlompat secara lurus.



KUM-KUM







  • Seorang wanita yang telah berjumpa dengan seorang bomoh agar dia kelihatan cantik.
  • Menghisap darah gadis-gadis.
  • Menutup mukanya supaya orang lain tidak dapat melihat wajahnya yang hodoh.
  • Tidak boleh melihat bayangan mukanya.
  • Tidak boleh berkata “Assalamualaikum”!!!

Kelemahan

  • Lantaran Kum-Kum tidak sanggup melihat bayangan rupanya, sebuah cermin boleh digunakan agar Kum-Kum tersebut ditakutkan oleh bayangan rupanya dan melarikan diri.



Penanggal







  • Roh seorang perempuan muda yang telah meninggal dunia.
  • Hantu ini sanggup terbang dan hanya kepalanya dan ususnya boleh dilihat.
  • “Dipohon” oleh seorang bomoh.
  • Merayau-rayau di bumi ini lantaran hendak mencari badannya.
  • Membunuh sesiapa yang menghalangnya.



Kelemahan —

  • Bunyi-bunyi kuat boleh menakutkan Hantu Penanggal.
  • Jikalau anda ternampak atau didekati seorang Penanggal, lagu-lagu atau bunyi-bunyi kuat boleh dimainkan ataupun dibuat untuk menakutkannya.




  • Pantang-Larang

1) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bernyanyi semasa memasak.
Akibat: Mereka akan berkahwin dengan seorang lelaki tua.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak gadis mereka terganggu semasa memasak.

2) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bangun lambat.
Akibat: Mereka akan menghadapi kepayahan semasa mencari seorang jodoh.
Yang Benar:Orang-orang tua hendak anak-anak gadis mereka bangun awal agar dapat membantu mereka memasak.

3) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh menggunakan sebuah cermin yang retak.
Akibat: Wajah mereka akan menjadi pucat semasa majlis perkahwinan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak-anak gadis mereka tercedera oleh serpihan kaca.

4) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh memanjat pokok.
Akibat: Selepas mereka meninggal, mayat mereka susah untuk dikebumikan.
Yang Benar: Orang-orang tua mahu anak-anak gadis mereka berkelakuan baik.

5) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bertelingkah dengan mak mertua mereka semasa hamil.
Akibat: Semasa mereka hamil, mereka akan menghadapi beberapa kesusahan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku di antara anggota-anggota keluarga mereka.

6) Kepercayaan : Jangan menggoyang-goyangkan kaki semasa duduk.
Akibat: Akan sentiasa berhutang kepada orang lain.
Yang Benar: Orang-orang tua hendak menggalakkan sebuah cara duduk yang baik.

7) Kepercayaan : Jangan duduk di atas sebuah bantal.
Akibat: Buntut akan mempunyai bisul-bisul.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu bantal-bantal mereka kotor.




PENDAPAT
Pada pendapat saya, kita harus menghormati kepercayaan budaya kita dan budaya orang lain walaupun terdapat beberapa perbezaan. Kepercayaan-kepercayaan ini merupakan salah satu sumbangan daripada budaya-budaya kita kepada masyarakat kita. Jikalau budaya-budaya kita hendak dilestarikan, kepercayaan-kepercayaan mereka harus dihargai dan dihormati. Saya juga belajar bahawa orang-orang tua pada zaman dahulu amat kreatif dan amat dihormati kerana apa-apa yang dikatakan mereka mudah dipercayai.







Wednesday, July 9, 2008

Dua rakan selamatkan warga tua dari lemas

oleh Nurraihan Abdul Hamid

Dua orang murid sekolah, Muhammad Syarifuddin Zainal dan Syahrul Ili Sani, telah menyelamatkan seorang lelaki tua yang telah terjatuh ke dalam Sungai Singapura. Mereka sedang bersembang di hampir Sungai Singapura apabila terlihat lelaki tua itu, yang berumur 66 tahun, terjatuh ke dalam sungai. Mujurlah, mereka pandai berenang dan terus terjun untuk menyelamatkan warga tua itu.

Selepas membaca artikel ini, saya berasa amat gembira kerana saya menyedari bahawa terdapat ramai orang yang amat bertanggung jawab di dalam Negara ini. Ini juga akan mempertingkatkan masyarakat Singapura.
Artikel ini mempunyai beberapa pertalian dengan kehidupan saya kerana saya seorang murid dan, walaupun saya tidak pernah menyelamatkan seseorang, saya pernah menolong beberapa orang. Artikel ini menunjukkan bahawa tindakan saya amat dihargai.

Saya telah belajar bahawa kita harus berani untuk menolong orang lain, terutamanya, dalam sebuah peristiwa dalam mana nyawa seseorang di dalam risiko. Kita juga harus menghargai kehidupan kita, lantaran nilainya.

Pada pendapat saya, kita semua harus berkelakuan baik kerana tindakan kita akan menjejas kehidupan kita dan kehidupan orang lain. Saya juga berasa bahawa perbuatan seperti ini harus dihargai dan dipuji.

Wednesday, July 2, 2008

Cuti Sekolah bulan Jun 2008

Hai!!!

Pada minggu pertama cuti sekolah ini, aku telah menonton beberapa filem seronok seperti "Iron Man" dan "Indiana Jones". Filem-filem tersebut bukan sahaja seronok, tetapi, mereka membabitkan beberapa isu dan perkara benar, seperti keganasan. "Iron Man" telah menunjukkan watak utamanya ditangkap oleh sekumpulan pengganas kerana mereka hendak senjata-senjata syarikatnya. Pada pendapatku, ini amat baik kerana anak-anak kecil yang menonton filem-filem seperti ini akan sedar akan perkara-perkara penting yang wujud di dalam duia ini.

Pada hujung minggu itu, aku telah ke Kuala Lumpur bersama keluargaku. Kami telah banyak membeli-belah di sana. Kami juga ke Genting. Di sana, aku bermain di taman. Pendapatku adalah bahawa Malaysia mengadakan tempat-tempat seronok seperti ini untuk menarik para pelancong ke negara mereka.

Pada minggu depan, aku, bersama rakan-rakanku, telah menyertai YDSP, iaitu "Youth Defence Science Programme". Dalam pertandingan ini, kami harus membina sebuah robot yang harus menjalankan beberapa tugas seperti menendang sebuah bola. Akhirnya, kami telah memenangi tempat ketiga. Aku menyedari bahawa sebuah kumpulan harus bekerja sama untuk mencapai sesuatu. Bak kata pepatah "Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam".

Pada hujung minggu itu, aku telah menyertai sebuah pertandingan yang bernama "Envirolympics". Ia merupakan sebuah perlumbaan yang melibatkan beberapa tempat menarik di dalam Singapura. Akhirnya, kami tidak memenangi sebarang anugerah tetapi kami telah bersuka ria.

Pada minggu ketiga dan keempat, aku telah menelaah untuk ujian "Review"ku.

Pada keseluruhannya, aku telah belajar bahawa kita harus mengimbangi masa kita dengan baik agar kita mempunyai masa untuk belajar dan bersuka ria.