Wednesday, July 2, 2008

Cuti Sekolah bulan Jun 2008

Hai!!!

Pada minggu pertama cuti sekolah ini, aku telah menonton beberapa filem seronok seperti "Iron Man" dan "Indiana Jones". Filem-filem tersebut bukan sahaja seronok, tetapi, mereka membabitkan beberapa isu dan perkara benar, seperti keganasan. "Iron Man" telah menunjukkan watak utamanya ditangkap oleh sekumpulan pengganas kerana mereka hendak senjata-senjata syarikatnya. Pada pendapatku, ini amat baik kerana anak-anak kecil yang menonton filem-filem seperti ini akan sedar akan perkara-perkara penting yang wujud di dalam duia ini.

Pada hujung minggu itu, aku telah ke Kuala Lumpur bersama keluargaku. Kami telah banyak membeli-belah di sana. Kami juga ke Genting. Di sana, aku bermain di taman. Pendapatku adalah bahawa Malaysia mengadakan tempat-tempat seronok seperti ini untuk menarik para pelancong ke negara mereka.

Pada minggu depan, aku, bersama rakan-rakanku, telah menyertai YDSP, iaitu "Youth Defence Science Programme". Dalam pertandingan ini, kami harus membina sebuah robot yang harus menjalankan beberapa tugas seperti menendang sebuah bola. Akhirnya, kami telah memenangi tempat ketiga. Aku menyedari bahawa sebuah kumpulan harus bekerja sama untuk mencapai sesuatu. Bak kata pepatah "Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam".

Pada hujung minggu itu, aku telah menyertai sebuah pertandingan yang bernama "Envirolympics". Ia merupakan sebuah perlumbaan yang melibatkan beberapa tempat menarik di dalam Singapura. Akhirnya, kami tidak memenangi sebarang anugerah tetapi kami telah bersuka ria.

Pada minggu ketiga dan keempat, aku telah menelaah untuk ujian "Review"ku.

Pada keseluruhannya, aku telah belajar bahawa kita harus mengimbangi masa kita dengan baik agar kita mempunyai masa untuk belajar dan bersuka ria.

No comments: