Friday, July 25, 2008

Perayaan Tradisional

Vaisakhi ialah sebuah perayaan yang disambut di Singapura. Ia merupakan tahun baru orang Punjabi dan diraikan pada 13 April setiap tahun.

Pada hari Vaisakhi setiap tahun, keluarga saya ke sebuah kuil pada waktu pagi untuk bersembahyan. Kami juga akan ke ruang makanan kuil itu yang dipanggil "langgar". Kami akan sama-sama tolong menghidangkan makanan kepada orang lain. Orang Punjabi mempercayai bahawa kita akan dirahmati Tuhan jikalau kita bertugas ataupun berkhidmat di dalam sebuah kuil, yang juga dikenali sebagai rumah Tuhan. Selepas itu, kami akan ke rumah saudara-mara untuk menziarahi mereka.

Malah, pada tahun yang lalu, kami telah merayakan perayaan Vaisakhi dengan cara yang berbeza. Kami telah menyewa sebuah banglo beasr bersama saudara-mara kami yang tinggal di Malaysia. Banglo megah itu terletak di Melaka. Ini merupakan kali pertama kami menyambut Vaisakhi sebagai sebuah keluarga besar di luar Singapura.

Kami sekeluarga telah ke sebuah seperti biasa. Selepas itu, kami telah pulang semula ke banglo yang disewa itu. Kemudian, ramai ahli keluarga saya, terutama anak-anak kecil, telah berenang di dalam kolam renang di belakang banglo tersebut. Airnya jernih da permukaan air tersebut berkelip-kelip seperti bintang-bintang yang berkilat di langit malam. Bapa dan pak cik saya telah memanggang beberapa makanan seperti sate dan daging ayam. Kami juga bermain beberapa jenis bunga api yang telah merintih dengan kuat. Namun, jenis-jenis bunga api seperti ini dilarang di Singapura. Bak kata pepatah, "Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya". Dengan kegiatan-kegiatan tersebut, kami dapat bersuka ria dan mengeratken hubungan kekeluargaan pada hari Vaisakhi. Ini penting lantaran kami harus berasa riang dengan kedatangan tahun baru.

Kami juga menyediakan manis-manisan tradisional seperti gulab jamun dan barfi. Kami mempercayai bahawa manis-manisan tradisional seperti ini akan membuat kita bercakap dengan kata-kata yang lembut dan bersopan.

Perayaan yang istimewa ini memang tidak boleh saya lupakan. Perayaan itu amat seronok dan istimewa. Saya mengharapkan perayaan-perayaan Vaisakhi seperti ini pada masa yang akan datang.

Pada pendapat saya, sambutan Vaisakhi di Singapura dan pada zaman kini, terlalu moden. Cara Vaisakhi disambut telah berubah. Pada zaman dahulu, orang Punjabi akan ke kuil dengan bunga-bunga dan persembahan masing-masing. Terdapat juga perarakan di jalan raya. Bagaimana pun, kini, kita hanya menikmati beberapa kegiatan lain seperti memanggang, berenang dan lain-lain lagi. Kita harus melestarikan budaya kita agar ia dapat diturunkan daripada generasi ini kepada generasi-generasi yang akan datang.

No comments: