Friday, July 25, 2008

Perayaan Tradisional

Vaisakhi ialah sebuah perayaan yang disambut di Singapura. Ia merupakan tahun baru orang Punjabi dan diraikan pada 13 April setiap tahun.

Pada hari Vaisakhi setiap tahun, keluarga saya ke sebuah kuil pada waktu pagi untuk bersembahyan. Kami juga akan ke ruang makanan kuil itu yang dipanggil "langgar". Kami akan sama-sama tolong menghidangkan makanan kepada orang lain. Orang Punjabi mempercayai bahawa kita akan dirahmati Tuhan jikalau kita bertugas ataupun berkhidmat di dalam sebuah kuil, yang juga dikenali sebagai rumah Tuhan. Selepas itu, kami akan ke rumah saudara-mara untuk menziarahi mereka.

Malah, pada tahun yang lalu, kami telah merayakan perayaan Vaisakhi dengan cara yang berbeza. Kami telah menyewa sebuah banglo beasr bersama saudara-mara kami yang tinggal di Malaysia. Banglo megah itu terletak di Melaka. Ini merupakan kali pertama kami menyambut Vaisakhi sebagai sebuah keluarga besar di luar Singapura.

Kami sekeluarga telah ke sebuah seperti biasa. Selepas itu, kami telah pulang semula ke banglo yang disewa itu. Kemudian, ramai ahli keluarga saya, terutama anak-anak kecil, telah berenang di dalam kolam renang di belakang banglo tersebut. Airnya jernih da permukaan air tersebut berkelip-kelip seperti bintang-bintang yang berkilat di langit malam. Bapa dan pak cik saya telah memanggang beberapa makanan seperti sate dan daging ayam. Kami juga bermain beberapa jenis bunga api yang telah merintih dengan kuat. Namun, jenis-jenis bunga api seperti ini dilarang di Singapura. Bak kata pepatah, "Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya". Dengan kegiatan-kegiatan tersebut, kami dapat bersuka ria dan mengeratken hubungan kekeluargaan pada hari Vaisakhi. Ini penting lantaran kami harus berasa riang dengan kedatangan tahun baru.

Kami juga menyediakan manis-manisan tradisional seperti gulab jamun dan barfi. Kami mempercayai bahawa manis-manisan tradisional seperti ini akan membuat kita bercakap dengan kata-kata yang lembut dan bersopan.

Perayaan yang istimewa ini memang tidak boleh saya lupakan. Perayaan itu amat seronok dan istimewa. Saya mengharapkan perayaan-perayaan Vaisakhi seperti ini pada masa yang akan datang.

Pada pendapat saya, sambutan Vaisakhi di Singapura dan pada zaman kini, terlalu moden. Cara Vaisakhi disambut telah berubah. Pada zaman dahulu, orang Punjabi akan ke kuil dengan bunga-bunga dan persembahan masing-masing. Terdapat juga perarakan di jalan raya. Bagaimana pun, kini, kita hanya menikmati beberapa kegiatan lain seperti memanggang, berenang dan lain-lain lagi. Kita harus melestarikan budaya kita agar ia dapat diturunkan daripada generasi ini kepada generasi-generasi yang akan datang.

UNSUR-UNSUR GHAIB BUDAYA MELAYU

Permulaan

Setiap budaya mempunyai kepercayaan masing-masing. Kepercayaan tersebut mempengaruhi kehidupan setiap orang. Kepercayaan ini adalah keturunan dari zaman dahulu. Namun, terdapat banyak kepercayaan yang mempunyai asal-usul yang tidak tetap. Sekarang, saya akan membentangkan tentang kepercayaan ghaib orang Melayu.




TOYOL



  • Roh seorang budak kecil yang telah “dipohon” oleh seorang bomoh dari janin seseorang.
  • Terdapat orang yang membeli toyol-toyol daripada seorang bomoh untuk perkara-perkara yang tidak baik, seperti mencuri duit dan barang kemas.



Cara-cara untuk menghalau toyol adalah:

  • Meletakkan jarum-jarum di bawah duit kerana jarum-jarum tersebut akan menakutkan toyol itu.
  • Menggantungkan beberapa buah bawang putih di dalam dan di luar rumah untuk mengganggu toyol itu.
  • Meletakkan duit di hadapan sebuah cermin kerana bayangan rupa toyol akan menakutkannya.



Asal-usul

  • Ramai mempercayai bahawa toyol berasal dari Mekah, dekat dengan Kaaba.
  • Mereka juga mempercayai bahawa, pada zaman dahulu, ramai orang Arab telah membunuh anak-anak mereka dan mengebumikan mereka di sekeliling Mekah.



PONTIANAK




  • Juga dikenali sebagai: Kuntilanak, Matianak, Boentianak dan Kunti.
  • Roh seorang wanita yang telah meninggal dunia semasa melahirkan anak.
  • Wajahnya cantik dan dia berbau wangi.
  • Akan membunuh orang-orang lelaki, bayi-bayi dan wanita-wanita yang mengandung.
  • Tinggal di pokok pisang.



Kelemahan —

  • Barang-barang tajam akan menghalau dan menakutkan Pontianak.
  • Apabila sebatang paku ditusukkan di belakang leher Pontianak, dia akan bertukar menjadi indah dan cantik.



Pocong







  • Roh seorang yang telah meninggal dan yang tidak boleh keluar dari kain kafannya.
  • Juga dikenali sebagai Hantu Bungkus dan Hantu Punjut.
  • Pocong boleh bergerak sepantas sebuah kereta.
  • Apabila seseorang mati, badannya ditutup dengan kain kafan. Sehelai kain kafan diikat di kepala dan kakinya.
  • Jikalau ikatan tersebut tidak dibuka dalam masa 40 hari, orang itu akan melompat keluar dari kuburnya.
  • Lantaran terdapat seutai ikatan di kakinya, Pocong tidak boleh berjalan tetapi dia hanya boleh melompat.
  • Yang Baik: Seseorang yang dapat menangkap Pocong akan menjadi kaya kerana terdapat banyak wang di dalam bungkusan kain kafan.
  • Kelemahan: Apabila dikejar Pocong, berlari secara bengkang-bengkok kerana Pocong hanya boleh berlompat secara lurus.



KUM-KUM







  • Seorang wanita yang telah berjumpa dengan seorang bomoh agar dia kelihatan cantik.
  • Menghisap darah gadis-gadis.
  • Menutup mukanya supaya orang lain tidak dapat melihat wajahnya yang hodoh.
  • Tidak boleh melihat bayangan mukanya.
  • Tidak boleh berkata “Assalamualaikum”!!!

Kelemahan

  • Lantaran Kum-Kum tidak sanggup melihat bayangan rupanya, sebuah cermin boleh digunakan agar Kum-Kum tersebut ditakutkan oleh bayangan rupanya dan melarikan diri.



Penanggal







  • Roh seorang perempuan muda yang telah meninggal dunia.
  • Hantu ini sanggup terbang dan hanya kepalanya dan ususnya boleh dilihat.
  • “Dipohon” oleh seorang bomoh.
  • Merayau-rayau di bumi ini lantaran hendak mencari badannya.
  • Membunuh sesiapa yang menghalangnya.



Kelemahan —

  • Bunyi-bunyi kuat boleh menakutkan Hantu Penanggal.
  • Jikalau anda ternampak atau didekati seorang Penanggal, lagu-lagu atau bunyi-bunyi kuat boleh dimainkan ataupun dibuat untuk menakutkannya.




  • Pantang-Larang

1) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bernyanyi semasa memasak.
Akibat: Mereka akan berkahwin dengan seorang lelaki tua.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak gadis mereka terganggu semasa memasak.

2) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bangun lambat.
Akibat: Mereka akan menghadapi kepayahan semasa mencari seorang jodoh.
Yang Benar:Orang-orang tua hendak anak-anak gadis mereka bangun awal agar dapat membantu mereka memasak.

3) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh menggunakan sebuah cermin yang retak.
Akibat: Wajah mereka akan menjadi pucat semasa majlis perkahwinan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak-anak gadis mereka tercedera oleh serpihan kaca.

4) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh memanjat pokok.
Akibat: Selepas mereka meninggal, mayat mereka susah untuk dikebumikan.
Yang Benar: Orang-orang tua mahu anak-anak gadis mereka berkelakuan baik.

5) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bertelingkah dengan mak mertua mereka semasa hamil.
Akibat: Semasa mereka hamil, mereka akan menghadapi beberapa kesusahan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku di antara anggota-anggota keluarga mereka.

6) Kepercayaan : Jangan menggoyang-goyangkan kaki semasa duduk.
Akibat: Akan sentiasa berhutang kepada orang lain.
Yang Benar: Orang-orang tua hendak menggalakkan sebuah cara duduk yang baik.

7) Kepercayaan : Jangan duduk di atas sebuah bantal.
Akibat: Buntut akan mempunyai bisul-bisul.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu bantal-bantal mereka kotor.




PENDAPAT
Pada pendapat saya, kita harus menghormati kepercayaan budaya kita dan budaya orang lain walaupun terdapat beberapa perbezaan. Kepercayaan-kepercayaan ini merupakan salah satu sumbangan daripada budaya-budaya kita kepada masyarakat kita. Jikalau budaya-budaya kita hendak dilestarikan, kepercayaan-kepercayaan mereka harus dihargai dan dihormati. Saya juga belajar bahawa orang-orang tua pada zaman dahulu amat kreatif dan amat dihormati kerana apa-apa yang dikatakan mereka mudah dipercayai.







Wednesday, July 9, 2008

Dua rakan selamatkan warga tua dari lemas

oleh Nurraihan Abdul Hamid

Dua orang murid sekolah, Muhammad Syarifuddin Zainal dan Syahrul Ili Sani, telah menyelamatkan seorang lelaki tua yang telah terjatuh ke dalam Sungai Singapura. Mereka sedang bersembang di hampir Sungai Singapura apabila terlihat lelaki tua itu, yang berumur 66 tahun, terjatuh ke dalam sungai. Mujurlah, mereka pandai berenang dan terus terjun untuk menyelamatkan warga tua itu.

Selepas membaca artikel ini, saya berasa amat gembira kerana saya menyedari bahawa terdapat ramai orang yang amat bertanggung jawab di dalam Negara ini. Ini juga akan mempertingkatkan masyarakat Singapura.
Artikel ini mempunyai beberapa pertalian dengan kehidupan saya kerana saya seorang murid dan, walaupun saya tidak pernah menyelamatkan seseorang, saya pernah menolong beberapa orang. Artikel ini menunjukkan bahawa tindakan saya amat dihargai.

Saya telah belajar bahawa kita harus berani untuk menolong orang lain, terutamanya, dalam sebuah peristiwa dalam mana nyawa seseorang di dalam risiko. Kita juga harus menghargai kehidupan kita, lantaran nilainya.

Pada pendapat saya, kita semua harus berkelakuan baik kerana tindakan kita akan menjejas kehidupan kita dan kehidupan orang lain. Saya juga berasa bahawa perbuatan seperti ini harus dihargai dan dipuji.

Wednesday, July 2, 2008

Cuti Sekolah bulan Jun 2008

Hai!!!

Pada minggu pertama cuti sekolah ini, aku telah menonton beberapa filem seronok seperti "Iron Man" dan "Indiana Jones". Filem-filem tersebut bukan sahaja seronok, tetapi, mereka membabitkan beberapa isu dan perkara benar, seperti keganasan. "Iron Man" telah menunjukkan watak utamanya ditangkap oleh sekumpulan pengganas kerana mereka hendak senjata-senjata syarikatnya. Pada pendapatku, ini amat baik kerana anak-anak kecil yang menonton filem-filem seperti ini akan sedar akan perkara-perkara penting yang wujud di dalam duia ini.

Pada hujung minggu itu, aku telah ke Kuala Lumpur bersama keluargaku. Kami telah banyak membeli-belah di sana. Kami juga ke Genting. Di sana, aku bermain di taman. Pendapatku adalah bahawa Malaysia mengadakan tempat-tempat seronok seperti ini untuk menarik para pelancong ke negara mereka.

Pada minggu depan, aku, bersama rakan-rakanku, telah menyertai YDSP, iaitu "Youth Defence Science Programme". Dalam pertandingan ini, kami harus membina sebuah robot yang harus menjalankan beberapa tugas seperti menendang sebuah bola. Akhirnya, kami telah memenangi tempat ketiga. Aku menyedari bahawa sebuah kumpulan harus bekerja sama untuk mencapai sesuatu. Bak kata pepatah "Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam".

Pada hujung minggu itu, aku telah menyertai sebuah pertandingan yang bernama "Envirolympics". Ia merupakan sebuah perlumbaan yang melibatkan beberapa tempat menarik di dalam Singapura. Akhirnya, kami tidak memenangi sebarang anugerah tetapi kami telah bersuka ria.

Pada minggu ketiga dan keempat, aku telah menelaah untuk ujian "Review"ku.

Pada keseluruhannya, aku telah belajar bahawa kita harus mengimbangi masa kita dengan baik agar kita mempunyai masa untuk belajar dan bersuka ria.

Sunday, March 30, 2008

Darmawisata ke Johor Bahru

Pada hari Sabtu lalu, aku telah ke Johor Bahru bersama rakan-rakan sekolahku.
Di sana, kami telah ke rumah Sultan Ibrahim.




Tahukah kamu bahawa Sultan Ibrahim telah memberikan nama "Ismail" kepada anaknya, Sultan Ismail telah memanggil anaknya "Iskandar" dan Sultan Iskandar telah memberikan anaknya nama "Ibrahim"?

Rumahnya besar dan penuh dengan alat-alat emas! Rumah ini masih diguna untuk majlis-majlis rasmi Sultan Iskandar.

Selepas itu, kami ke "Desaru Fruit Farm". Kami makan lalu berjalan-jalan di sana. Terdapat beberapa buah di sana. Aku belajar bahawa kita tidak boleh makan buah-buahan selepas makanan. Ini untuk memastikan penghadaman makanan yang bersungguh-sungguh.











Kami juga dapat melihat binatang-binatang seperti arnab, monyet dan ayam di sana. Terdapat sebuah kolam besar dalam mana beberapa ikan berenang. Kami boleh membeli makanan ikan-ikan itu dan memberikannya kepada ikan-ikan. Geli rasanya tanganku apabila ikan-ikan menyedut tanganku untuk mengambil makanan.












Darmawisata ini telah mengajar kami tentang sejarah Johor dan budaya orang-orang Malaysia dan jikalau terdapat darmawisata seperti ini lagi, aku pasti akan pergi:)

Wednesday, March 26, 2008

PAHANG

Hai

Pada minggu terakhir penggal lalu, segala murid IP1 telah pergi ke Pahang.

Kami telah membuat dan menaiki rakit-rakit dan juga berenang dalam sebatang sungai yang sungguh sejuk...

Kami juga telah tinggal di dalam sebuah hutan. Kami tidur di dalam sebuah gua yang, mujurlah, tiada sebarang kelawar. Kami telah berjalan di dalam hutan yang penuh dengan:



lintah-lintah.


Aku pula digigit seekor lintah. Namun, ia tidak terasa pun:) Walau bagaimanapun, terdapat banyak darah di stokingku!!!!

Kawanku (namanya tidak aka diberikan) amat takut kerana terdapat beberapa jenis serangga ganjil yang tinggal di hutan:D

Kami juga melawati kampung orang-orang asli. Mereka amat miskin tetapi amat baik hati. Mereka mengucapkan 'terima kasih' kepada kami apabila kami memberikan barang-barang keperluan, seperti makanan, kepada mereka. Ada seorang wanita yang berkata, "Hallelujah!"...

Aku berasa bahawa kami harus menghargai kehidupan kami yang penuh dengan kesenangan dan teknologi. Darmawisata kami ke Pahang telah mengakibatkan aku menjadi lebih rapat dengan rakan-rakanku...

P.S. Hotel dalam mana kami telah tinggal amat indah sekali!!!:)

Saturday, February 23, 2008

Darmawisata ke Taman Warisan Melayu



Pada hari Jumaat yang lalu, aku telah ke Taman Warisan Melayu bersama rakan-rakanku dan guru-guru kami. Darmawisata kami itu sungguh seronok dan aku telah belajar tentang sejarah Singapura dari beberapa aspek yang berbeza. Kami juga telah melawati jalan raya yang terkecil di Singapura. Tiada sesiapa pun, di antara aku dan rakan-rakanku, yang pernah melawati jalan raya ini. Kami telah belajar tentang Sultan Hussein dan Sir Stamford Raffles. Aku berasa bahawa ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah kami timba akan disimpan di hati kami pada masa yang lama. Pada pendapatku, lebih darmawisata seperti ini harus diadakan supaya kami boleh belajar bersama-sama lagi. "Terima kasih!" kepada guru-guru kami kerana telah mengadakan darmawisata ini. Oh, aku juga suka kuih-muih yang telah dihidangkan!:)




Pelajar Lemas Semasa Latihan Renang

Artikel ini tentang seorang murid Sekolah Menengah New Town yang telah lemas ketika menyertai latihan renang Pendidikan Fizikal. Apabila saya membaca artikel ini, saya berasa hairan kerana murid tersebut, yang bernama Allahyarham, telah lemas walaupun dia bersama 58 pelajar lain dan empat orang guru. Tiadakah sesiapa pun ternampak Allahyarham apabila dia lemas?

Saya juga berasa sedih dan bersimpati dengan keluarga Allahyarham. Dia seorang murid baharu sekolah menengahnya dan dia juga mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Bak kata pepatah 'Malang tidak berbau', sesuatu kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa pun. Tiada sesiapa yang boleh menduga kemalangan itu. Allahyarham adalah seorang yang pandai berenang. Namun, air, yang menjadi 'kawan' Allahyarham, telah mengakibatkan pemergiannya dari dunia ini.

Mungkin guru-guru yang telah menemani Allahyarham telah memberikan perhatian kepada murid-murid lain semasa dia lemas. Salah satu saranan yang baik adalah untuk membuat lima atau enam kumpulan daripada para pelajar tersebut dan menugaskan seorang guru untuk menjaga satu atau dua buah kumpulan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan mendapat lebih perhatian dan ini amat penting untuk memastikan keselamatan murid-murid. Saya harap bahawa setiap orang, bukan sahaja murid-murid sekolah, menyedari bahawakehidupan adalah sesuatu yang amat bernilai. Apabila nyawa seseorang hilang, ia tidak akan kembali.

BLOG

Blog ialah laman web seseorang di Internet di mana dia menulis sebuah diari. Diari ini menceritakan pengalaman hidupnya. Ada juga ramai orang yang menggunakan blog untuk berkongsi maklumat ataupun pengetahuannya dalam sesuatu bidang seperti agamanya atau masakan antarabangsa. Blog juga boleh digunakan untuk menjual barang-barang.

Penggunaan blog mempunyai kebaikannya. Blog boleh digunakan sebagai sebuah sumber maklumat. Sebagai contoh, seorang guru telah memuatkan topik-topik yang telah diajarnya supaya murid-muridnya dapat belajar atau mengulang kaji di rumah. Murid-murid ini telah menunjukkan kemajuan dalam pelajaran Matematik.

Blog juga boleh digunakan untuk perniagaan. Gambar-gambar barang yang hendak dijual boleh dimuatkan di blog peniaga. Lantaran blog tersebut boleh dibuat dengan percuma, peniaga-peniaga boleh menjimat duit kerana tidak harus menyewa sebuah kedai.

Malangnya, blog juga boleh disalahgunakan. Budak-budak remaja suka mempamerkan keadaan peribadinya. Gambar-gambar biliknya atau rumahnya boleh dimuatkan ke dalam blog.

Gambar-gambar seseorang di blognya boleh disalahgunakan. Lantaran kami tidak tahu para pelawat blog kami, ada juga orang yang boleh menggunakan gambar kami untuk manfaatnya sendiri.

Pendek kata, blog adalah sesuatu yang baik. Namun, kami harus bertanggungjawab apabila menggunakan blog. Kami mesti menjadi telatah kepada anak-anak digital supaya mereka juga menggunakan blog dengan bersungguh-sungguh.

Tuesday, February 19, 2008

19 Februari 2008

Hai!

Telefon bimbitku telah rosak!!!:(

Sekarang, aku sedang mengguna telefon bimbit sepupuku. Aku merindui telefon bimbitku. Mujurlah, 'Memory Card' dan 'SIM Card' telefon bimbitku masih boleh diguna.

Adakah telefon bimbitmu pernah terhilang ataupun rosak?

@ @

( )

......................

Thursday, February 14, 2008

Hari Rentas Desa

Hai

Besuk Hari Rentas Desa VJC!!!
Aku berharap bahawa rakan-rakanku akan berjaya.

SEMOGA BERJAYA!
Aku tidak akan berlari kerana aku sakit demam:(
Namun, sekali lagi,
SEMOGA BERJAYA!

Sunday, February 3, 2008

2 Februari 2007

Hai kawan-kawan!:D

Hari ini, aku telah belajar biologi kerana kelasku harus membaca buku teks biologi yang
TEBAL

sekali!!!

Walau bagaimanapun, kami harus belajar, belajar dan belajar lagi kerana tanpa ilmu pengetahuan yang dalam, tiada sesiapa pun yang boleh berhidup dalam dunia ini!

Oh, pada hari Khamis lalu, aku telah terhilang kunci lokerku!!! Mujurlah, terdapat satu lagi kunci, yang sama, di rumahku!=)

Monday, January 28, 2008

28 Januari 2008

Hai!

Hari ini, aku telah membuat kerja rumahku selama 3 jam!!!

Aku telah menyelesaikan kerja rumahku di komputer. Kelasku telah disuruh membuat sebuah graf untuk menunjukkan keputusan ujikaji kami. Tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya membuat sesuatu graf yang canggih dan senang difahami!

Mujurlah, akhirnya, aku dapat membuat sebuah graf dengan bantuan Internet:)

Okey, aku akan bertulis lagi!!!:D

Friday, January 25, 2008

Karangan Yang Susah Benar

Hari ini, guru 'Language Arts' aku telah menyuruh kelasku menulis satu karangan. Karangan tersebut memang susah. Soalan yang aku telah cuba menjawab adalah "Beauty is power" dan aku tidak tahu apa yang aku boleh menulis. Akhirnya, aku berjaya menulis sebuah karangan yang sepanjang tiga muka surat. Malah, aku tidak tahu bahawa jawapanku salah atau betul!!!

Walau bagaimanapun, aku mesti mempunyai keyakinan diri. Aku sedar bahawa kelasku akan menjadi semakin baik dalam penulisan karangan-karangan seperti yang tersebut:)

Tuesday, January 22, 2008

OPERASI KHUSUS MENANTI PEMANDU MABUK

Polis 'kepung' kawasan tempat minuman keras untuk kurangkan kemalangan


Oleh Khalid Khamis


BILANGAN pemandu dan penunggang yang diberkas mengendalikan kenderaan dalam keadaan mabuk melonjak ke paras tertinggi dalam sedekad - daripada 3,733 orang dalam 2006 kepada 4,009 orang tahun lalu.


Justeru, bagi menangani trend itu, Polis Trafik akan mengambil strategi lebih fokus mengesan pemandu mabuk dengan menggunakan kaedah operasi yang dipanggil 'kepungan mengelilingi kawasan' atau ring-fencing.



Kawasan-kawasan tempat hiburan yang menjual minuman keras akan dibahagikan kepada kelompok masing-masing dan operasi sekatan jalan raya Polis Trafik akan ditempatkan di sekeliling jalan ke luar kawasan berkenaan.


Ini bermakna setiap kenderaan yang beredar dari tempat-tempat tersebut tidak akan lolos dan diperiksa polis yang berhasrat mengesan pemandu mabuk.


Mendedahkan demikian dalam satu sidang akhbar semalam, Komander Polis Trafik, Penolong Pesuruhjaya, Cik Ng Guat Ting, berkata masa dan hari operasi kepungan itu tidak ditetapkan dan mengikut perangkaan dan maklumat risikan.


Sekurang-kurangnya 90 pegawai polis diperlukan bagi setiap kelompok.



Operasi khusus itu dijangka bermula dalam masa terdekat, terutamanya pada musim perayaan Tahun Baru Cina.



Menurut beliau lagi, daripada 4,009 orang itu, 3,447 daripada mereka diberkas tanpa terlibat dalam kemalangan.


Bakinya, 562 orang berakhir dengan terlibat dalam nahas jalan raya.



Bagi mereka yang memecut dan ditangkap kamera lampu merah, juga naik tinggi - daripada 13,020 saman yang dikeluarkan dalam 2006 kepada 24,267 saman tahun lalu.



Artikel ini dipetik dari: http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,111412,00.html

.........................................................................................................................................................................



Pandanganku:



Aku berasa bahawa ini adalah tindakan yang amat baik kerana ramai orang akan diselamatkan. Lantaran pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab terhadap kehidupan dirinya dan penunggangnya, lebih daripada 4000 orang telah diberkas dalam tahun lalu. Ramai orang juga telah berakhir dalam kemalangan-kemalangan yang disebabkan oleh pemandu-pemandu yang mabuk.

Cadangan polis untuk mengesan lebih pemandu mabuk dalam operasi yang dipanggil "ring-fencing" akan membuat lebih pemandu awas bahawa mereka tidak boleh memandu selepas mereka minum minuman keras. Ini akan mengakibatkan perosotan dalam jumlah kemalangan-kemalangan yang terlaku oleh sebab beberapa pemandu mabuk. Aku harap bahawa lebih orang akan sedar bahawa tindakan-tindakan yang salah atau yang dibuat tanpa ketanggungjawapan boleh membahayakan kehidupan diri orang lain ataupun diri sendiri.

Lantaran ini, saranan ini penuh dengan faedah-faedah terhadap masyarakat dan negara kami.

Prakata

Pembuka Kata:

Hai! Selamat Datang ke blogku:)
Aku bernama Rishvinder Singh dan aku berumur 14 tahun. Aku gemar menonton filem-filem dan mendengar muzik. Aku bersekolah di Maktab Rendah Victoria (VJC). Aku suka menolong orang lain dan membantu mereka mengatasi masalah-masalah mereka. Namun, aku seorang pesimis. Idolaku ialah ibuku kerana dia sentiasa membantu dan menyokongku apabila aku perlu pertolongan dalam kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah. Ibuku pun telah menjagaku sejak aku memasuki dunia ini. Beliau juga amat rajin dan bertanggungjawab. Prinsip hidupku adalah bahawa seseorang tidak akan mencapai cita-citanya jikalau dia tidak bekerja keras. Aku bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang kerana aku suka melawati negara-negara lain. :)

Dengan menulis blog ini, aku harap ia boleh memperbaiki bahasa Melayuku dan aku harap aku boleh berkongsi pengalamanku belajar di Maktab Rendah Victoria dan pengalaman-pengalaman hidupku. Aku rasa bahawa kehidupanku dan pengalamanku di VJC sehingga masa ini amat menarik dan seronok. Aku harap aku dan rakan-rakanku dapat mencapai cita-cita kami:)