Saturday, February 23, 2008

Pelajar Lemas Semasa Latihan Renang

Artikel ini tentang seorang murid Sekolah Menengah New Town yang telah lemas ketika menyertai latihan renang Pendidikan Fizikal. Apabila saya membaca artikel ini, saya berasa hairan kerana murid tersebut, yang bernama Allahyarham, telah lemas walaupun dia bersama 58 pelajar lain dan empat orang guru. Tiadakah sesiapa pun ternampak Allahyarham apabila dia lemas?

Saya juga berasa sedih dan bersimpati dengan keluarga Allahyarham. Dia seorang murid baharu sekolah menengahnya dan dia juga mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Bak kata pepatah 'Malang tidak berbau', sesuatu kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa pun. Tiada sesiapa yang boleh menduga kemalangan itu. Allahyarham adalah seorang yang pandai berenang. Namun, air, yang menjadi 'kawan' Allahyarham, telah mengakibatkan pemergiannya dari dunia ini.

Mungkin guru-guru yang telah menemani Allahyarham telah memberikan perhatian kepada murid-murid lain semasa dia lemas. Salah satu saranan yang baik adalah untuk membuat lima atau enam kumpulan daripada para pelajar tersebut dan menugaskan seorang guru untuk menjaga satu atau dua buah kumpulan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan mendapat lebih perhatian dan ini amat penting untuk memastikan keselamatan murid-murid. Saya harap bahawa setiap orang, bukan sahaja murid-murid sekolah, menyedari bahawakehidupan adalah sesuatu yang amat bernilai. Apabila nyawa seseorang hilang, ia tidak akan kembali.

No comments: