Friday, July 25, 2008

UNSUR-UNSUR GHAIB BUDAYA MELAYU

Permulaan

Setiap budaya mempunyai kepercayaan masing-masing. Kepercayaan tersebut mempengaruhi kehidupan setiap orang. Kepercayaan ini adalah keturunan dari zaman dahulu. Namun, terdapat banyak kepercayaan yang mempunyai asal-usul yang tidak tetap. Sekarang, saya akan membentangkan tentang kepercayaan ghaib orang Melayu.




TOYOL



  • Roh seorang budak kecil yang telah “dipohon” oleh seorang bomoh dari janin seseorang.
  • Terdapat orang yang membeli toyol-toyol daripada seorang bomoh untuk perkara-perkara yang tidak baik, seperti mencuri duit dan barang kemas.



Cara-cara untuk menghalau toyol adalah:

  • Meletakkan jarum-jarum di bawah duit kerana jarum-jarum tersebut akan menakutkan toyol itu.
  • Menggantungkan beberapa buah bawang putih di dalam dan di luar rumah untuk mengganggu toyol itu.
  • Meletakkan duit di hadapan sebuah cermin kerana bayangan rupa toyol akan menakutkannya.



Asal-usul

  • Ramai mempercayai bahawa toyol berasal dari Mekah, dekat dengan Kaaba.
  • Mereka juga mempercayai bahawa, pada zaman dahulu, ramai orang Arab telah membunuh anak-anak mereka dan mengebumikan mereka di sekeliling Mekah.



PONTIANAK




  • Juga dikenali sebagai: Kuntilanak, Matianak, Boentianak dan Kunti.
  • Roh seorang wanita yang telah meninggal dunia semasa melahirkan anak.
  • Wajahnya cantik dan dia berbau wangi.
  • Akan membunuh orang-orang lelaki, bayi-bayi dan wanita-wanita yang mengandung.
  • Tinggal di pokok pisang.



Kelemahan —

  • Barang-barang tajam akan menghalau dan menakutkan Pontianak.
  • Apabila sebatang paku ditusukkan di belakang leher Pontianak, dia akan bertukar menjadi indah dan cantik.



Pocong







  • Roh seorang yang telah meninggal dan yang tidak boleh keluar dari kain kafannya.
  • Juga dikenali sebagai Hantu Bungkus dan Hantu Punjut.
  • Pocong boleh bergerak sepantas sebuah kereta.
  • Apabila seseorang mati, badannya ditutup dengan kain kafan. Sehelai kain kafan diikat di kepala dan kakinya.
  • Jikalau ikatan tersebut tidak dibuka dalam masa 40 hari, orang itu akan melompat keluar dari kuburnya.
  • Lantaran terdapat seutai ikatan di kakinya, Pocong tidak boleh berjalan tetapi dia hanya boleh melompat.
  • Yang Baik: Seseorang yang dapat menangkap Pocong akan menjadi kaya kerana terdapat banyak wang di dalam bungkusan kain kafan.
  • Kelemahan: Apabila dikejar Pocong, berlari secara bengkang-bengkok kerana Pocong hanya boleh berlompat secara lurus.



KUM-KUM







  • Seorang wanita yang telah berjumpa dengan seorang bomoh agar dia kelihatan cantik.
  • Menghisap darah gadis-gadis.
  • Menutup mukanya supaya orang lain tidak dapat melihat wajahnya yang hodoh.
  • Tidak boleh melihat bayangan mukanya.
  • Tidak boleh berkata “Assalamualaikum”!!!

Kelemahan

  • Lantaran Kum-Kum tidak sanggup melihat bayangan rupanya, sebuah cermin boleh digunakan agar Kum-Kum tersebut ditakutkan oleh bayangan rupanya dan melarikan diri.



Penanggal







  • Roh seorang perempuan muda yang telah meninggal dunia.
  • Hantu ini sanggup terbang dan hanya kepalanya dan ususnya boleh dilihat.
  • “Dipohon” oleh seorang bomoh.
  • Merayau-rayau di bumi ini lantaran hendak mencari badannya.
  • Membunuh sesiapa yang menghalangnya.



Kelemahan —

  • Bunyi-bunyi kuat boleh menakutkan Hantu Penanggal.
  • Jikalau anda ternampak atau didekati seorang Penanggal, lagu-lagu atau bunyi-bunyi kuat boleh dimainkan ataupun dibuat untuk menakutkannya.




  • Pantang-Larang

1) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bernyanyi semasa memasak.
Akibat: Mereka akan berkahwin dengan seorang lelaki tua.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak gadis mereka terganggu semasa memasak.

2) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bangun lambat.
Akibat: Mereka akan menghadapi kepayahan semasa mencari seorang jodoh.
Yang Benar:Orang-orang tua hendak anak-anak gadis mereka bangun awal agar dapat membantu mereka memasak.

3) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh menggunakan sebuah cermin yang retak.
Akibat: Wajah mereka akan menjadi pucat semasa majlis perkahwinan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu anak-anak gadis mereka tercedera oleh serpihan kaca.

4) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh memanjat pokok.
Akibat: Selepas mereka meninggal, mayat mereka susah untuk dikebumikan.
Yang Benar: Orang-orang tua mahu anak-anak gadis mereka berkelakuan baik.

5) Kepercayaan : Gadis-gadis tidak boleh bertelingkah dengan mak mertua mereka semasa hamil.
Akibat: Semasa mereka hamil, mereka akan menghadapi beberapa kesusahan.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku di antara anggota-anggota keluarga mereka.

6) Kepercayaan : Jangan menggoyang-goyangkan kaki semasa duduk.
Akibat: Akan sentiasa berhutang kepada orang lain.
Yang Benar: Orang-orang tua hendak menggalakkan sebuah cara duduk yang baik.

7) Kepercayaan : Jangan duduk di atas sebuah bantal.
Akibat: Buntut akan mempunyai bisul-bisul.
Yang Benar: Orang-orang tua tidak mahu bantal-bantal mereka kotor.




PENDAPAT
Pada pendapat saya, kita harus menghormati kepercayaan budaya kita dan budaya orang lain walaupun terdapat beberapa perbezaan. Kepercayaan-kepercayaan ini merupakan salah satu sumbangan daripada budaya-budaya kita kepada masyarakat kita. Jikalau budaya-budaya kita hendak dilestarikan, kepercayaan-kepercayaan mereka harus dihargai dan dihormati. Saya juga belajar bahawa orang-orang tua pada zaman dahulu amat kreatif dan amat dihormati kerana apa-apa yang dikatakan mereka mudah dipercayai.







2 comments:

aishah-vip1hml said...

Projek kamu sungguh menarik. Tetapi saya rasa yang memuatnaikkan gambar-gambar dari presentasi kamu boleh membuatnya lebih menarik. Saya ada soalan: mengapakah hampir semua pantang-larang menceritakan tentang gadis-gadis? Adakah ia kerana orang tua pada masa dahulu lebih mempedulikan gadis-gadis dan tidak kisah tentang budak-budak lelaki?

The Perceiver said...

Hai Rish!
Projeknya sungguh menarik sekali kerana ia amat bermistri. Saya rasa ia lebih baik jikalau Rish dapat tulis bukti-bukti tentang kehadiran mahluk-mahluk ghaib seperti ini. Mahluk-makluk seperti ini memang wujud tetapi adakah "toyol" dan sebagainya benar ataupun rekaan manusia?