Saturday, June 27, 2009
Pulau Pinang
Tuesday, June 23, 2009
Ulasan Artikel Majalah 4
KOSA KATA
menginjak=memijak
kegemilangan=kecemerlangan
menempa=membuat
pelosok=penjuru
Ulasan Artikel Majalah
SENTIASA OPTIMIS
Artikel ini memperkatakan tentang salah seorang remaja yang bernama Syazwan Mohd Rosman. Dia telah meraih keputusan yang terbaik dalam peperiksaan bahasa Perancisnya. Dia sungguh berminat dalam bahasa Perancis dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah Perancis agar dapat berbakti kepada rakyat tanah airnya. Dia juga bersemangat dalam bidang muzik, seni vokal dan lakonan.
Pada pendapat saya, Syazwan telah berjaya kerana dia sentiasa berfikiran positif dan mengisikan masa luangnya dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan beberapa faedah kepada dirinya. Dia juga memperuntukkan masanya dengan saksama agar kesemua kegiatannya diberikan perhatian yang memadai. Dia juga berujar bahawa minat dan bakat merupakan bahan-bahan penting dalam kejayaan. Saya akur dengan pendapatnya kerana seseorang haruslah bersemangat dan beriltizam untuk memperoleh kejayaan yang memuaskan.
Setelah membaca artikel ini, ternyata bahawa saya telah berasa kagum dengan gaya hidup Syazwan yang padat dengan kegiatan sekolah, kokurikulum dan kemasyarakatannya. Sementelah, dia seorang yang optimistik dan tidak suka membuang masa. Dia menyedari bahawa kejayaan akan mengiringi kerja keras dan dia tidak berputus asa. Dia telah berjaya dalam segala kegiatannya. Dia juga tidak melupakan tanah airnya yang telah memberikannya segalanya Dia ingin berbakti kepada negaranya dan mengharumkan nama Malaysia.
Saya berpendapat bahawa penyebab kejayaannya ialah tanggung jawabnya. Dia bertanggungjawab kerana telah menyediakan sebuah jadual untuk meluangkan masanya dengan perkara-perkara yang bermakna. Dia bertanggungjawab kerana telah berusaha dengan gigih dalam segalanya dan tidak membuang masanya. Dia juga seorang yang baik hati kerana berkongsi ilmunya dengan rakan-rakannya. Dia seorang pelajar dan kawan yang harus dicontohi ramai.
Saya ingin mengesyorkan agar gaya hidup seperti yang diamalkan Syazwan diperkenalkan kepada setiap pelajar, terutama orang remaja. Ini lantaran ramai remaja asyik meluangkan masa mereka dengan perkara-perkara yang tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada dirinya. Tambahan pula, terdapat ramai yang melakukan perkara yang memenuhkan kehidupan mereka dengan penderitaan dan kekesalan ataupun yang mengaibkan nama keluarga. Saya juga ingin menyarankan agar guru-guru memberikan para pelajar mereka dorongan dan perangsang yang berpatutan agar mereka tidak rasa seolah-olah mereka diperkecilkan dalam dunia ini.
Natijahnya, saya menghajati kejayaan bagi semua yang telah berikhtiar dengan keras untuk menjangkau kejayaan yang memuaskan. Saya juga berharap bahawa lebih orang berfikiran positif ketika menempuhi sebarang masalah ataupun ranjau hidup kerana inilah akan mendatangkan perasaan gembira dan lega. Bak kata pepatah, “Jika tidak dipucuk ruyung, di mana boleh mendapat sagunya.”
KOSA KATA
Kepetahan= Kefasihan
Thursday, June 18, 2009
Lawatanku ke Malaysia




Monday, June 15, 2009
Satu Hari...
Alangkah terkejut hatiku ketika disuruh mendaftar diri sebelum dapat memasuki sekolahku...
Namun, aku berasa bahawa langkah-langkah yang diambil sekolah, dan pemerintah kita, memang memanfaatkan bagi kita sebagai rakyat Singapura. Demam babi akan terus mengakibatkan beberapa masalah bagi seluruh dunia dan ramai masih berharap bahawa kita sejagat dapat mengecundangkan virus merbahaya ini.
Selain daripada itu, aku juga hampir habis membaca sebuah buku Melayu yang bernama 'Saga' dan ditulis Ishak Latiff. Beliau merupakan penulis buku Melayu yang paling berkenan pada diriku. Aku berharap aku dapat membaca kesemua bukunya secara harfiah. Segala ceritanya sungguh menarik dan mengagumkan. Beliau terampil dalam penulisannya dan pandai menarik hati para pembaca. Aku tidak sahaja dapat meningkatkan bahasa Melayuku malah dapat meluangkan masa cuti sekolahku dengan membaca buku ini yang sungguh menarik!!!
---Usahlah mengharapkan semua, harapkan apa sahaja yang penting dan itulah akan menjadi keperluanmu---
Thursday, June 11, 2009
Ulasan Artikel Majalah
Oleh Abd Razak Abu Bakar
Artikel ini memperkatakan tentang pencemaran perairan Malaysia yang disebabkan beberapa kegiatan seperti penebangan hutan dan pelepasan gas daripada pelbagai industri, termasuk karbon dioksida dan sulfur dioksida. Kesan-kesan buruk yang disebabkan pencemaran tersebut juga dinyatakan.
Pada pendapat saya, kita harus lebih bertanggung jawab dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan seharian agar tidak mengakibatkan pencemaran persekitaran kita. Lautan bumi ini merupakan sumber air kita. Jikalau kita kehilangan sumber mustahak ini, dari manakah akan kita memperoleh air untuk kegiatan seharian. Air penting untuk meneruskan kehidupan kita dan ia juga digunakan dalam sektor perkilangan dan perindustrian untuk menghasilkan produk-produk. Justeru, ternyata bahawa air sungguh penting untuk kehidupan kita dan bagi memajukan ekonomi. Tanpa air, sirnalah segala jiwa daripada permukaan bumi ini.
Setelah membaca artikel ini, saya lebih sedar akan kesan-kesan pencemaran air dan kegiatan yang menyumbang kepada penurunan kualitinya. Saya juga amat risau akan masa depan kita. Kita harus menghentikan perbuatan kita yang menyebabkan pencemaran udara dan air. Namun, saya juga berasa gembira kerana artikel yang tersiar dalam majalah ini akan meningkatan kesedaran orang tentang isu yang semakin meruncing ini. Ramai akan lebih peka akan kenyataan bahawa isu pencemaran air tersebut amat merbahaya dan merugikan, terutamanya kalau kita tidak berusaha untuk menghentikannya. Kita harus serik dan memulakan usaha untuk mengekalkan bekalan air yang bersih. Tahap kebersihan yang tinggi akan menjaminkan masa depan yang selamat dan menguntungkan untuk generasi yang akan datang.
Manusia yang harus dipersalahkan untuk penurunan kualiti air dan udara. Keburukan masalah ini terserlah kerana kesan-kesan buruk yang telah menjelma lantaran beberapa kajian. Kegiatan kita yang amat berbahaya untuk alam sekitar. Kita tidak seharusnya menghiraukan tentang iktisad negara kita. Sementelah, kita harus menumpukan perhatian kepada bumi. Kita tidak harus memperalatkan bumi ini sebagai dasar kehidupan kita tanpa menjaganya.
Saya ingin mengesyorkan agar lebih aktiviti dijalankan untuk meningkatan kesedaran tentang isu ini. Sebuah bengkel boleh diadakan. Tambahan pula, para pekerja yang mencari rezeki dalam sektor perkilangan dan perindustrian, termasuk majikan syarikat-syarikat ini, boleh mengikuti sebuah kursus agar lebih peka akan betapa pentingnya melestarikan bekalan air yang bersih. Cara-cara bagi mengurangkan kesan-kesan buruk yang disebabkan syarikat tersebut juga boleh diajar. Pemerintah juga boleh menyalurkan sebahagian daripada wang kesimpanan mereka kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti air. Kilang-kilang NeWater merupakan salah sebuah contoh yang boleh diikuti.
Natijahnya, kita harus menamatkan masalah yang kita hidupkan ini. Meskipun terdapat banyak usaha untuk membekalkan air yang bersih, ini tidak memadai untuk menjaminkan bekalan air yang bersih untuk generasi-generasi yang akan datang pada masa depan. Bumi ini telah diperalati dengan udara dan air untuk menyara kewujudan nyawa-nyawa yang hidup di dalamnya. Kita harus mengurniakannya hormat dan kasih sayang. Kalau tidak, sirnalah bumi yang teristimewa dalam cakerawala ini.
menyeru= memanggil
terampai= terapung
merangkumi= melingkupi
semenanjung= tanah yang menganjur panjang ke sungai
padu= padat
perlombongan= pekerjaan menggali lubang dalam tanah untuk mendapatkan logam
Tuesday, June 9, 2009
Cuti Sekolah
ahh...cuti sekolah ini sungguh membosankan.
Saya tidak betah menunggu-nunggu pelancongan keluarga saya ke Malaysia. Walaupun negara ini dekat dengan Singapura, cara dan gaya hidup rakyat Malaysia sungguh berbeza dan menarik. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. Saya tertarik dengan cara mereka menjangkau imbangan antara budaya tradisional mereka dan gaya hidup dunia moden. Meskipun terdapat ramai yang memperlakukan Malaysia sebagai sebuah bandar yang mempunyai beberapa persamaan dengan Singapura, Malaysia merupakan sebuah negara yang amat istimewa.
Setiap pelancongan harus membolehkan seseorang meloloskan diri daripada cengkaman ranjau-ranjau hidup yang berasal daripada kehidupan seharian seseorang. Ia harus menenangkan fikiran yang tidak keruan dan melegakan pancainderanya. Bagi saya, masa yang lalu di dalam kapal terbang merupakan salah satu perkara yang sentiasa saya nikmati dan yang amat berkenan pada saya. Saya suka merenung awan yang terkapung-kapung di langit, yang seolah-olahnya menyelubungi bandar-bandar yang lalu di bawah.
Saya masih dapat mengenangkan lawatan kami ke Muzium Peranakan Singapura...Alangkah menarik budaya Peranakan dengan cara mereka menyambut sambutan-sambutan istimewa mereka. Peralatan rumah orang Peranakan juga persis artifak emas yang diperlihatkan untuk menunjukkan keistimewaan rumah mereka. Selain daripada mempelajari budaya dan sejarah Peranakan, kami juga telah meluangkan masa bersama-sama dan ini amat menyeronokkan.
Nasihat bagi semua yang akan melancong pada masa cuti sekolah ini:
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
:)