Friday, June 5, 2009

Ulasan Artikel Majalah

Cabaran Membentuk Keperibadian
oleh Ruziati Abdul Rani

Artikel ini memperkatakan tentang salah seorang remaja yang telah meraih biasiswa daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk menuntut di sana. Namanya How Sook Peng. Dia juga merupakan seorang pelajar yang handal. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaannya meskipun dia amat sibuk dengan kegiatan kokurikulumnya. Dia juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan dan menganjurkan beberapa acara di dalam sekolahnya lantaran dia juga ketua pengawas. Walau bagaimanapun, dia tidak mengizinkan fikirannya menjadi tidak keruan. Dia terampil mengimbangi masanya dan usaha gigihnya telah mencetuskan kejayaan yang tersergam.

Pada pendapat saya, ini memang merupakan perangai yang gaya hidup yang harus dicontohi. Walaupun dia berkedudukan tinggi, dia masih mengutamakan mata pelajarannya. Dia tidak memperkenankan penglibatannya dalam beberapa acara sekolahnya menjejaskan pendidikannya. Dia juga seorang yang mengenang jasa ibu bapanya. Dia bukan seperti kacang lupakan kulit dan dia sedar bahawa segala pengorbanan ibu bapanya telah mengurniakannya kejayaan yang dia mengecap ini.

Ketika membaca artikel ini, saya berasa amat gembira dan lega. Ini lantaran masih terdapat para pelajar yang berikhtiar dengan keras untuk menjangkau kejayaan. Walaupun terdapat beberapa artikel lain yang memperkatakan tentang para pelajar yang tidak bertanggung jawab kerana permainan-permainan komputer ataupun perbuatan-perbuatan terkutuk yang lain, masih wujud pelajar seperti Sook Peng yang mencerna erti nilai-nilai baik. Jauhari juga yang mengenali manikam.

Saya juga berasa bahawa artikel ini telah memberikan keyakinan diri. Sook Peng ialah seorang pelajar seperti saya. Kejayaan Sook Peng menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh berjaya jikalau memiliki sifat-sifat baik.Kami berdua berhadapan dengan beberapa masalah dan mengharungi hal-hal lain yang akan membuat keyakinan diri terjunam. Namun demikian, erti usaha yang bersungguh-sungguh tidak terdiri pada masalah-masalah yang melunturkan keyakinan diri. Usaha yang baik diperlihatkan dalam cara seseorang bangkit daripada dorongan masalah tersebut. Sook Peng telah bingkas bangun dan maju ketika dicengkam masalah. Sahsiah ini sungguh memanfaatkan. Akhirnya, dia telah berjaya.

Saya ingin mengesyorkan agar lebih ibu bapa menerapkan sifat-sifat baik yang diperlihatkan Sook Peng ke dalam diri anak mereka. Kalau seseorang persis Sook Peng, dia akan berjaya dan ini membolehkannya menyara kehidupannya sendiri dan juga kehidupan keluarganya. Kejayaan seseorang merupakan kejayaan keluarganya juga. Semasa menghadapi cabaran, kita harus mencekalkan hati dan menempuhi masalah itu tanpa berasa risau. Akal yang waras ialah akal yang sedia untuk menghadapi segala cabaran.

Natijahnya, saya ingin berkongsi harapan saya bagi generasi moden ini. Saya mengharapkan kejayaan untuk setiap pelajar yang belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih. Bak kata pepatah, "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya". Saya juga berharap bahawa setiap pelajar tidak melupakan setiap orang yang telah membantu mereka meraih kejayaan. Bak kata pepatah "Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa". Akhirnya, Sook Peng juga berkata bahawa dia bersemangat untuk berusaha dengan gigih kerana dia sedar bahawa ini mustahak untuk menjamin masa depan yang senang dan selesa. Bak kata pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Kosa Kata:
teruja: diberangsangkan
disandang: ditanggung
persekutuan: pergabungan

No comments: