Thursday, June 11, 2009

Ulasan Artikel Majalah

Hentikan Pencemaran Air!
Oleh Abd Razak Abu Bakar

Artikel ini memperkatakan tentang pencemaran perairan Malaysia yang disebabkan beberapa kegiatan seperti penebangan hutan dan pelepasan gas daripada pelbagai industri, termasuk karbon dioksida dan sulfur dioksida. Kesan-kesan buruk yang disebabkan pencemaran tersebut juga dinyatakan.
Pada pendapat saya, kita harus lebih bertanggung jawab dalam melaksanakan kegiatan-kegiatan seharian agar tidak mengakibatkan pencemaran persekitaran kita. Lautan bumi ini merupakan sumber air kita. Jikalau kita kehilangan sumber mustahak ini, dari manakah akan kita memperoleh air untuk kegiatan seharian. Air penting untuk meneruskan kehidupan kita dan ia juga digunakan dalam sektor perkilangan dan perindustrian untuk menghasilkan produk-produk. Justeru, ternyata bahawa air sungguh penting untuk kehidupan kita dan bagi memajukan ekonomi. Tanpa air, sirnalah segala jiwa daripada permukaan bumi ini.
Setelah membaca artikel ini, saya lebih sedar akan kesan-kesan pencemaran air dan kegiatan yang menyumbang kepada penurunan kualitinya. Saya juga amat risau akan masa depan kita. Kita harus menghentikan perbuatan kita yang menyebabkan pencemaran udara dan air. Namun, saya juga berasa gembira kerana artikel yang tersiar dalam majalah ini akan meningkatan kesedaran orang tentang isu yang semakin meruncing ini. Ramai akan lebih peka akan kenyataan bahawa isu pencemaran air tersebut amat merbahaya dan merugikan, terutamanya kalau kita tidak berusaha untuk menghentikannya. Kita harus serik dan memulakan usaha untuk mengekalkan bekalan air yang bersih. Tahap kebersihan yang tinggi akan menjaminkan masa depan yang selamat dan menguntungkan untuk generasi yang akan datang.
Manusia yang harus dipersalahkan untuk penurunan kualiti air dan udara. Keburukan masalah ini terserlah kerana kesan-kesan buruk yang telah menjelma lantaran beberapa kajian. Kegiatan kita yang amat berbahaya untuk alam sekitar. Kita tidak seharusnya menghiraukan tentang iktisad negara kita. Sementelah, kita harus menumpukan perhatian kepada bumi. Kita tidak harus memperalatkan bumi ini sebagai dasar kehidupan kita tanpa menjaganya.
Saya ingin mengesyorkan agar lebih aktiviti dijalankan untuk meningkatan kesedaran tentang isu ini. Sebuah bengkel boleh diadakan. Tambahan pula, para pekerja yang mencari rezeki dalam sektor perkilangan dan perindustrian, termasuk majikan syarikat-syarikat ini, boleh mengikuti sebuah kursus agar lebih peka akan betapa pentingnya melestarikan bekalan air yang bersih. Cara-cara bagi mengurangkan kesan-kesan buruk yang disebabkan syarikat tersebut juga boleh diajar. Pemerintah juga boleh menyalurkan sebahagian daripada wang kesimpanan mereka kepada usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti air. Kilang-kilang NeWater merupakan salah sebuah contoh yang boleh diikuti.
Natijahnya, kita harus menamatkan masalah yang kita hidupkan ini. Meskipun terdapat banyak usaha untuk membekalkan air yang bersih, ini tidak memadai untuk menjaminkan bekalan air yang bersih untuk generasi-generasi yang akan datang pada masa depan. Bumi ini telah diperalati dengan udara dan air untuk menyara kewujudan nyawa-nyawa yang hidup di dalamnya. Kita harus mengurniakannya hormat dan kasih sayang. Kalau tidak, sirnalah bumi yang teristimewa dalam cakerawala ini.


menyeru= memanggil
terampai= terapung
merangkumi= melingkupi
semenanjung= tanah yang menganjur panjang ke sungai
padu= padat
perlombongan= pekerjaan menggali lubang dalam tanah untuk mendapatkan logam

No comments: