Thursday, June 18, 2009

Lawatanku ke Malaysia

Aku baru sampai di Malaysia!!!

Walaupun lawatanku baharu mula, aku tertarik oleh perjalananku ke Malaysia, iaitu melalui kapal terbang...

Ketika aku ternampak juruterbang di dalam pesawat tersebut, hatiku menjulang tinggi dengan kegembiraan. Aku berasa seolah-olah hampir dapat menjangkau impianku. Apabila aku dewasa, aku ingin bekerja sebagai seorang juruterbang juga. Dengan menceburi bidang kerjaya ini, aku boleh melihat beberapa tempat istimewa. Bidang kerjaya ini juga sungguh menjanjikan. Meskipun aku harus beriltizam terhadap kerjaya ini kerana langkah-langkah yang harus diambil untuk mencapai cita-citaku mengambil masa lebih daripada 7 tahun.

Mujurlah, aku dapat melungsuri lelaman web semasa berada di sini, dan dapat mengemas kini blogku. Namun, aku tidak dapat menggunakan telefon bimbitku. Selama lawatanku ini, aku akan cuba menjauhi diri daripada teknologi agar dapat menghargai alam sekitar. Ada yang mempercayai bahawa orang yang menjauhkan unsur-unsur pemodenan akan dapat mencerna perasaan bumi dan pengertian kehidupan dengan lebih mendalam. Mungkin aku dapat bermuhasabah diri da meluahkan perasaanku di blogku. Oh, tetapi aku akan berada jauh daripada teknologi, kan?












No comments: